Selamat malam semua. Khususnya ibu-ibu yang menyusukan. Harini saya terasa nak share pasal power pumping. Ramai yang tak tahu terutama ibu-ibu baru macam saya masa mula-mula jadi mama. Zero ilmu penyusuan. Dah bersalin baru terhegeh-hegeh nka cari info. Jadi saya terpanggil nak share pasal power pumping malam ni. harap ianya bermanfaat.
Betapa stress rasanya apabila susu mulai merudum. Segala macam petua diamalkan, segala macam milk booster dan galactagogue ditelan, doa dan zikir diamalkan, namun hampa.
Jangan teruskan kehampaan anda itu! Tarik nafas dalam-dalam dan bertenang. Okey kalini jom buat sedikit bacaan tentang punca susu merudum dan tips ringkas lagi praktikal untuk mengatasi masalah susu merudum.
Info ini saya extract daripada blog Diari Vitamin.
9 sebab susu merudum
- Haid
- Pengambilan pil perancang (ibu menyusu hanya boleh ambil Noriday sahaja)
- Stress
- Puasa
- Sakit
- Mengandung
- Kurang minum air masak tetapi kuat minum ais dan berkafin)
- Letih dan kurang tidur
- Anak dah mula meningkat usia (hampir 2 tahun)
Jadi, apa tips yang boleh ibu-ibu cuba untuk mengembalikan/ membanyakkan susu yang merudum?
POWER PUMPING
Power pumping adalah salah satu kaedah sangat membantu untuk meningkatkan lagi pengeluaran susu ibu dengan meniru gaya ‘cluster feeder’ di kalangan bayi menyusu. Boleh buat dalam 2 atau 3 kali sehari, InsyaAllah.
Kaedah Power Pumping (dalam masa 60 minit)
(double pumping)
10 minit pam, 10 minit rehat,
10 minit pam, 10 minit rehat
(single pumping)
5 minit pam kanan, 5 minit pam kiri, 5 minit rehat
5 minit pam kanan, 5 minit pam kiri, 5 minit rehat
KERAPKAN PAM DI WAKTU MALAM
Hormon prolaktin meningkat secara natural pada waktu malam. Jadi anda digalakkan untukmengepam pada waktu malam agar penghasilan susu dapat dihasilkan dengan lebih banyak.
KERAPKAN LAGI SESI MENGEPAM DI PEJABAT / RUMAH
Kalau sebelum ni hanya 2 kali sahaja pam di pejabat, cuba lebihkan menjadi 3 kali pula. Jangan biar susu "tinggal lama" dalam payudara. Ini kerana susu mengandungi FIL – feedback inhibitor of lactation (faktor menghalang penyusuan).
- Bila payudara dipenuhi susu, FIL akan memperlahankan pengeluaran
susu.
- Bila payudara kosong, FIL berkurangan – penghasilan susu lebih cepat.
So jangan biar lama-lama atau biar betul-betul bengkak baru nak pam. Kesimpulannya bila payudara kosong, maka lebih cepatlah susu dapat dihasilkan.
PAM DENGAN LEBIH LAMA
Kalau biasa pam 10 minit, cuba tambah lagi 10 minit. Mungkin dalam tempoh mengepam yang extra tu boleh dapat letdown berkali-kali. Biar je corong pam tersebut berada di payudara walaupun susu masih belum keluar. Nanti bila "letdown sudah datang" jeng..jeng..banyaklah susu tu akan keluar.
RANSANG PUTING PAYUDARA
Sebelum pam, cuba anda gentel - gentel puting selama 5 minit. Bila susu dah mula nak keluar baru letakkan corong pam. Sambil - sambil tu anda juga boleh mengurut payudara iaitu dengan caradari dada ke puting, cuba bayangkan anda menolak susu tu keluar. Kadang - kadang minda bawah sedar sangatlah powerful InsyaAllah.
AMBIL MAKANAN BERKHASIAT
Untuk membantu bagi meningkatkan lagi penghasilan susu ibu, anda bolehlah mengambil apa - apamilk booster atau galactagogue sebagai contoh makanan yang tinggi protein, serat dan kalsium.
Jangan putus asa ye. In shaa Allah ade rezeki untuk ank kita :)) selamat berpower pumping..
Order dan pertanyaan:
Norliza Ibrahim
sms| whatsapp :0196604303
SID:910012
Email: mamadaiyyanfiras@gmail.com