11 September 2014

Tips Didik Anak


Saya suka bab-bab parenting ni. Kalau ada masa memang saya rajin google. maklumla ibu muda. masih tercari dan perlu ilmu nak mendidik anak. bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya. jadi kalau korang ada link pasal parenting yang best-best, boleh la sharing ya. 


Jom kita lihat kata pakar motivasi terkenal Dr Muhaya untuk kita berubah menjadi lebih baik. InsyaAllah.

1. Harus bercakap dan menerangkan kenapa kita melakukan sesuatu. Jom ibu muda semua renung diri dan bayangkan 20 tahun lagi apa anak kita akan jadi dgn ketidaksabaran kita hari ini. Prof Muhaya berkata, orang yang tidak yakin diri, maka dia tidak yakin dengan kebesaran Allah SWT. Sebab itu, tugas ibu bapa adalah untuk menjelaskan tentang asal usul manusia yang bermula dari alam roh,rahim, dunia, barzakh dan kiamat. Fahamkan kepada anak-anak.

Hentikan sebut ' saya kecewa, kecil hati, terkilan atas segala yang dah berlaku. Yakin pada takdir Allah. Boleh kecewa dengan diri jika berdosa dan mengubah diri. Buang sifat mengeluh merungut mengumpat

2. Pelaburan paling baik ialah mendidik jiwa anak anak dgn akidah ibadah dan akhlak yang baik. Jom audit aktiviti kita hari ini ke arah mana.

3. Cari benda yang kita akan bawa ke kubur nanti bukan apa kita akan tinggal.
Cuba renung apa akan jadi pada anak jika di marahi dan dipukul terutama jika belum berakal sebelum umur 7 tahun. Objektif atau tujuan menjadi ibu bapa mesti kita faham? Untuk apa?. Jawapannya untuk pencen kubur. Tanggungjawab ibu bapa adalah untuk menjaga akidah dan akhlak anak-anak. Sebelum itu, ibu bapa terlebih dahulu mengetahui tentang akidah dan akhlak yang betul. Acuan pendidikan adalah agama dan contoh Rasulullahlah SAW. 

4.  Semoga kita semua menjaga hati dan jiwa kita dan anak anak dengan mengelakkan budaya tidak sopan didalam apa jua urusan harian termasuk berita dan bahan yg di tonton di media massa dan alam siber. Ramai ibu bapa mengeluh: “Eh, mana ada masa nak menguruskan anak-anak. Kerja balik lewat...macam mana?”.



Pengurusan masa ibu bapa seharusnya bijak. Masa itu ada. Ibu bapa cuba audit berapa banyak usaha kita mendidik anak anak menjadi pemurah dan berkasih sayang. Lihat layanan kita pada pembantu rumah. Anak anak akan buat apa dia lihat bukan apa kita 
cakap.



“Carilah aktiviti atau program yang memberi manfaat masa berkualiti bersama anak-anak. Program yang menekan seperti ikatan kekeluargaan ataupun ‘family bonding time’ adalah program terbaik dalam ‘membayar’ semula masa dan tenaga yang kita gunakan untuk mencari rezeki kepada anak-anak”. -Dr Muhaya



5. ✿ 。 Setiap kali kita suka melihat keaiban orang bermakna kita banyak keaiban dan keaiban kita akan ditonton di dunia dan akhirat. Hentikan menjadi ejen penyambung fitnah. Sentiasa fikrikan bagaimana keadaan kita ketika menghadapi sakratul maut nanti.

6. Kemuncak hidup kita untuk mendapat husnul khatimah. Lihat setiap fikiran dan perbuatan kita hari ini. Itulah magnet diri kita dan jika magnet diri kita buruk kita akan menarik situasi buruk.

7. Selalu tanya pada diri, apa yang diri dapat daripada mempercayai sesuatu berita buruk dan menyebarkannya. Lihat dalam mata anak kita dan bayangkan apakah hasil kehidupan dan buah yang mereka akan tuai hasil daripada apa yang kita semai pada hari ini. Moga Allah memelihara kita semua.


Moga sharing ni bermanfaat buat semua mommies ya. 

Mealshake Shaklee


Saya nak berkongsi tentang khasiat mealshake shaklee. Mealshake shaklee free lactose ya.  Penting untuk ibu-ibu tahu sebelum memberinya kepada anak. suka saya ingatkan, pastikan and dapat konsultasi yang betul dari pengedar anda ya. 

Apa Laktosa tu??

Laktosa adalah gula disakarida semulajadi dalam susu lembu. Ia diuraikan kepada glukosa dan galaktosa untuk dicerna dalam tubuh.
Lactose intolerance berlaku bila tubuh tak dapat tukarkan disakarida yakni laktosa kepada monosakarida iaitu glukosa dan galaktosa

Alternatif kepada mereka yang mengalami lactose intolerance boleh mengambil susu soya atau susu badam atau SUSU LEMBU TANPA LAKTOSA ni.

Bagaimana pula susu lembu tanpa laktosa tu..?

Susu lembu ini diberikan sejenis enzim untuk menukarkan laktosa sehingga 100% dan menjadi monosakarida iaitu glukosa. Dari segi khasiat susu, susu lembu tanpa laktosa sama seperti susu lembu yang asalnya.

Jadi, pada ibu bapa yang punya anak yang ada lactose intolerance boleh cuba susu lembu tanpa laktosa ni, kalau tak nak susu ambil dan tak suka soya. ini dia mealshake.


mealshake
mealshake shaklee


Antara kebaikannya untuk atasi masalah sembelit, kurang selera makan, ekzema, malah budak2 asma pun ada yang dah kurang simptom asma diorang dengan Mealshake ni.

Apakah khasiat yang terkandung dalam Mealshake ini?

1. Kalori: Ada 120 kalori dalam Meal Shake Shaklee. Jika anda membuat ‘shake’ dengan susu rendah lemak, kalorinya sekitar 240 kalori. Jika anda mencampurkan mealshake dengan ‘whole milk’ anda akan mendapatkan kalori sekitar 330 kalori.

2.Lemak :  Mealshake Shaklee hanya mengandungi 0.5 g lemak , sebelum ditambah susu.

3.Karbohidrat: Ada 23gm karbohidrat dalam 1 / 4 cawan Mealshake. Untuk satu bahagian mengandungi 3gm serat. Ada 18gm gula dalam satu hidangan Mealshake. Apabila susu ditambah, tahap karbohidrat dan gula akan meningkat.

4. Protein : Untuk 1 / 4 cawan, campuran Mealshake mengandungi 7gm protein. Selepas anda mencampurkannya dengan susu, kandungan protein akan meningkat secara signifikan. Dalam beberapa kes, akan berlipat ganda, bergantung pada jenis susu anda tambah.

5.Vitamin : Mealshake mengandungi 12 vitamin penting. Untuk setiap satu hidangan, anda akan mendapatkan , 25 peratus vitamin A, 30 peratus vitamin B6, 20 peratus vitamin B12, 30 peratus vitamin C, 10 peratus vitamin D, 35 peratus vitamin E, 30 peratus daripada thiamin, 10 peratus riboflavin, 35 peratus niacin, 35 peratus folat, biotin 35 peratus dan 30 peratus asid pantotenat.

6. Mineral : Ada 11 mineral penting yang ditemui dalam campuran Mealshake. Untuk satu hidangan, anda akan mendapat 20 peratus kalsium, 35 peratus daripada besi, 15 peratus daripada fosforus, 25 peratus daripada magnesium, 30 peratus zinc, 35 peratus daripada selenium, 35 peratus copper, 35 peratus manganese dan 35 peratus molibdenum. Satu bahagian juga mengandungi 80mg natrium dan 275mg kalium.


Haa.. tu dia..nampak tak kenapa mealshake menjadi pilihan ramai ibu-ibu. saya beri pada anak saya Firas. memang asyik nak makan je. pagi-pagi dh minta nasi. :)) sebagai ibu, saya seronok tengok anak saya nak makan. oh ya, saya beri oemga guard juga. alhamdulillah kesihatan banyak improve.

Banyak juga testimoni pengguna mealshake untuk anak dekat blog sifu saya ni. Hope korang enjoy baca ya. 


mealshake
with my little caliph


jom dapatkan mealshake sementara promo. beli tiga dapat 4! Jiiiiiiiiiiiiiiimat banyak. berganda-ganda. berbaloi-baloi..



* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.


Untuk pertanyaan dan belian:

sms|whatsapp : 0196604303
email              : mamafiras06@gmail.com
page               : penchenta vitamin
Fb                  : norliza ibrahim
   Ig                   : #memoffahmi 


Testimoni Mealshake Shaklee


Memandangkan Mealshake offer, saya nk share beberapa testimoni tentang mealshake. 




Testimoni 1:

mealshake
testimoni mealshake

sebelum:
1. selalu asthma
2. kulit selalu ruam
3. gatal2
4. alah susu lembu
5. muntah2
6. tongse slalu kna n cepat demam
7. berat badan susut
8. x selera makan

selepas 2 bulan amik mealkshake n omega :
1. asthma n batuk kurang
2. da x amik nabulizer sejak 3 bulan lepas
3. selera makan bertambah
4. berat badan naik
5. da mula minum susu lembu ( jimat 80% dari beli susu soya)
6. kulit da x ruam
7. kalau kne gigit nyamuk da x melarat atau berkudis...
8. tongse pun da kurang dan demam pun cepat baik...

-Puan che saida Tina-



Testimoni 2:

mealshake
testimoni mealshake



Testimoni 3:


testimoni mealshake
testimoni mealshake


Testimoni 4: 


testimoni mealshake
testimoni mealshake


Testimoni 5: 


testimoni mealshake
testimoni mealshake



* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.



Untuk pertanyaan dan belian:

sms|whatsapp : 0196604303
email              : mamafiras06@gmail.com
page               : penchenta vitamin
Fb                  : norliza ibrahim
Ig                   : #memoffahmi






30 August 2014

Bangga kah Kita




Apa khabar semua... selamat berhujung minggu.. harini aku tak keman dan takde buat apa memandang mr hubby keje.. Hukhuk.. sedih tau tengok orang lain update status ke sana ke sini...
Tapi tak mengapa.. pasti ada hikmahnya..always think positive ye liza.. hehe... tadi tengok tv... pasal sombong dan bongkak.. tetiba teringat satu pesanan yang berbunyi macamni..


Ada orang bangga dengan suaminya...
akhirnya suaminya itu CURANG padanya.
Ada orang bangga dengan anaknya...
akhirnya Allah ambil nyawa anaknya.
Ada orang bangga dengan hartanya...
akhirnya DISAMUN, DIRAGUT, DIROMPAK.
Ada orang bangga dengan jawatannya...
akhirnya dia diberhentikan kerja.
Ada orang bangga dengan kecantikkannya...
akhirnya kena STROK. Habis herot-berot.
Hilang kecantikkannya.
Ada orang bangga dengan ketampanannya...
akhirnya dia mengalami kemalangan.
Pecah mukanya. Putus kakinya. CACAT.
Ada orang bangga dengan pimpinannya...
akhirnya dia angkuh dan gila kuasa.
Tak sedar orangnya BERPECAH-BELAH.
Ada orang bangga dengan ilmunya...
akhirnya dia menjadi JAHIL kerana tidak
mengamalkan ilmunya itu.


Siapa kita untuk berbangga dengan apa
yang kita ada di atas dunia? Semua itu
Allah bagi pinjam.


 Tak perlu nak bangga
dengan apa yang kita ada. Sedangkan pengakhirannya kita tak tahu akan jadi apa...
Kesimpulannya, aku insaf jugak la lepas baca ayat ni.. sedikit sebanyak dapat memotivasikan diri dan terasa kerdil di sisiNya.. siapalah kita hendak mengatakan apa yang kita miliki sekarang adalah milik kita...


Jom kawan-kawan kita muhasabah diri.. moga kita dijauhkan dari sifat ujub,sombong dan takbur...

Sampai sini dulu.. selamat berhujung minggu semua..hargai setiap detik bersama yang tersayang ya... 
Assalamualaikum...