7 October 2014

ESP SHAKLEE

Salam aidiladha semua.. maaf zahir batin.. alamak baru nak wish. Masih belum lambat rasanya.. kan? Hehe..


Ok bulan ni prrmo ESP. Nama panjang dia energising soy protein. Satu satunya produk yang paaaaaling laris.
Anda yang masih tak tahu apa utu ESP mari sy kenalkan.


Apa itu ESP?

ESP adalah minuman soya yang membekalkan protien. Protien adalah makanan yang penting untuk tubuh kita.Tubuh badan kita terdiri daripada protien seperti tulang, kulit, rambut, otot, plasma, organ, antibodi, enzim, hormon, hemoglobin dan sel-sel. Manakala sel-sel dalam tubuh badan kita bergantung kepada protien untuk menjalankanfungsinya seperti membina sel-sel baru dan menggantikan tisu-tisu badan yang lama dan tua atau yang telah rosak.

Menarik tentang ESP adalah:

- ESP ni adalah sember protien lengkap yang ada 9 amino asid penting yang tidak boleh dihasilkan oleh badan dan sukar untuk kita dapatkan daripada diet harian kita.

- ESP mengandungi kacang soya non-GMO yang semulajadi dan ia bebas dari kolestrol ia juga rendah lemak.

- ESP terbukti mampu membekalkan tenaga yang boleh bertahan berjam-jam lamanya.
- ESP bantu untuk kekalkan paras gula dalam darah.

- ESP bantu untuk kekalkan kepejalan otot, pemulihan tisu badan dna pembentukan otot baru,
- ESP tiada perasa tiruan, pengawet dan pewarna.

- ESP mengandungi lemak yang sangat sedikit iaitu 1gm dan tiada laktosa dimana kadar untuk hadam adalah sangat tinggi.



Sebabkan itu, badan kita sangat memerlukan PROTIEN. Sebabnya MAKANAN UTAMA bagi SEL ialah PROTIN. Sel yang sihat dapat menghasilkan tubuh badan yang sihat.

Khasiat ESP adalah:
1. Kekal Muda - Asid Amino membina otot manusia, kuku, rambut, darah, organ, kulit, kelenjar, 50,000 jenis protein, 20,000 jenis enzim dan lain-lain. Pengambilan Energizing Soy Protein Shaklee adalah kunci untuk mengekalkan kulit muda dan otot serta memastikan kita sentiasa bertenaga. 

2. Hormon Berasaskan Tumbuhan Semulajadi – kacang soya adalah tumbuhan yang hanya kaya dalam isoflavon yang sama dengan fungsi hormon wanita. Ia membantu dalam mengurangkan paras kolesterol dan mencegah osteoporosis dan penyakit jantung.

3. Memulihkan Fungsi Prostat Lelaki - genistein dalam kacang soya telah membuktikan bahawa ia mempunyai keupayaan untuk menghalang pertumbuhan dan mencegah sel kanser daripada merebak. Ia memusnahkan radikal bebas dalam sel-sel kita sebelum radikal bebas bermutasi DNA sel-sel menjadi sel-sel kanser. Ia juga menjaga rahim dan ovari, kitaran haid dan prostat.

4. Kulit berseri dan anjal – Merangsang regenerasi kulit dan otot, memulihkan kedutan, sebagai anti-penuaan, mengembalikan keserian kulit dan kelembutan-lembutan otot, sekali gus mempercepatkan pemulihan luka danmenghilangkan parut.

5. Pemberi tenaga segera – Membekalkan tenaga segera dan meningkatkan sistem imun, dengan itu ia memulihkan keletihan, migrain, insomnia dan tekanan gejala yang berkaitan seperti kemurungan, kebimbangan, ketakutan, dll.

6. Memulihkan Pigmentasi – Melambatkan proses uban, rambut gugur, masalah keadaan rambut, pigmentasi, freckles.

7. Memperbaiki Memori – Menguatkan ingatan, kecergasan, keupayaan seksual, dan sebagainya.


Ok, salam perkenalan ESP dari saya..ada rasa cinta tak lepas baca pasal ESP? HIHI.. ok.. lain entri sy nak share testimoni pengguna selepas mengambil ESP pulak..
Jangan lepaskan peluang miliki ESP anda bulan ni ya sebab ESP sedang promo..harga tengah jatuh menjunam. Beli 6 percuma lagi 1 tin..jimat lebih rm150 tau.. haaa nak tengok aje ke?


Salam qurban, salam aidiladha.. 

25 September 2014

SLIM SIHAT BERSAMA SHAKLEE

Set slim shaklee ni sangat digemari ramai. Sebab apa tau. Dah tentu la sebab ianya selamat dan berkesan.

Jom saya kongsikan mengapa set slim shaklee jadi pilihan. Apa keunikan set slim shaklee ni ..

Set ni terdiri daripada tiga komponen iaitu bakar, buang dan bina.

1) BAKAR LEMAK : Lecithin / Omega Guard
2) BUANG LEMAK (DETOX) : Herb-lax / Alfalfa
3) BINA OTOT: ESP (Energizing Soy Protein) / Cinch

LANGKAH PERTAMA : DETOX

Detox adalah proses membersihkan usus dimana segala toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar. Selepas dinding usus kita bersih. baru badan kita dapat menyerap nutrien pada tahap optimum. 

Apa yang sesuai untuk detox adalah Herb-lax atau Alfalfa. 

Perbezaan SHAKLEE berbanding produk pelangsing lain adalah :

1. Memberikan nutrien yang mencukupi.
2. Melindungi otot.
3. Indeks glisemik yang rendah.
4. Penggunaan bahan2 asli bebas GMO
.5. Mengandungi makro & mikro nutrien penting
6. Diuji secara klinikal.

LANGKAH KEDUA : MEMECAHKAN LEMAK

Proses memecahkan lemak boleh dilakukan dengan mengambil Lecithin atau omega. Lecithin dinamakan “pengemulsi semulajadi” kerana ia mempunyai kesan melekat pada lemak, dalam perkataan ringkasnya,ia menyebabkan lemak tu terapung di dalam darah, dan seterusnya mencegah lemak dari melekat kat dinding membran.

Lecitin tak boleh dihasilkan oleh badan tetapi ianya sangat diperlukan oleh badan.

Walau apa juga supplemen yang anda makan untuk kurus anda haruslah menjaga pemakanan seharian anda, jangan makan sesuka hati. Kena kurangkan lemak dan minyak , rajin bersenam dan banyakkan minum air. Sekurang-kurangnya 3L sehari.

LANGKAH KETIGA : MEMBINA OTOT DENGAN PROTEIN

Protein sangat diperlu untuk membantu meningkatkan metabolisme tubuh, meningkatkan perkembangan otot, menjaga nafsu makan dan menjaga otot bebas lemak. Kajian menunjukkan protein dapat membakar kalori sampai sebanyak 35%.

Untuk protein terbaik, anda boleh memilih samada Cinch Shake atau
jika anda ibu yang menyusukan anak, saya lebih suka syorkan anda mengambil ESP/ MealShake (ESP juga membantu mempercepatkan penghasilan susu badan) .

Kenapa perlu mengambil protein? Kerana apabila lemak diuraikan daripada badan, otot diperlukan untuk menggantikan ruangan yang kosong itu bagi mengelakkan kulit kelihatan tidak bermaya, lembik dan kusam.

Bagi anda yang sedang dalam proses mengawal berat badan,pastikan protein terkandung dalam setiap makanan anda. Protein sangat perlu untuk membantu meningkatkan metabolisme tubuh, meningkatkan perkembangan otot, menjaga nafsu makan dan menjaga otot bebas lemak.

Kajian menunjukkan protein dapat membakar kalori sampai sebanyak 35%. Cth makanan yg kaya protein kacang soya, ikan, telur, hasil tenusu(susu,keju,yogurt), kekacang, avokado, ayam, tauhu.

Jadi, adakah set slim anda sihat seperti set slim daripada suplemen shaklee? Anda tahu beza, anda tahu kepentingan protein, Anda tahu keperluan tubuh semasa dan selepas berdiet... jadi adakah anda masih mahu teruskan diet secara melulu?

Pilihan di tangan anda.. pilihan sy tentulah yang selamat dan sihat. Ingat ya, biar lambat asal selamat. Jangan menyesal di kemudian hari.

Salam sayang dr saya... jom slim untuk yang tersayang (*^﹏^*)

24 September 2014

KEPERLUAN VITAMIN C

Vitamin C atau Asid Askorbik amat bermanfaat pada kesihatan manusia. Semua orang tahu bahawa Vitamin C boleh membuatkan kulit menjadi cantik dan licin. Benarkah begitu?

Vitamin C membantu pembentukan kolagen iaitu sejenis protein yang menyusun tubuh manusia. Kolagen adalah struktur yang terlibat dalam pembinaan tulang, gigi, sendi, otot dan kulit. Perkataan kolagen itu sendiri berasal dari Yunani yang bererti lekat atau bersifat sebagai pelekat.

Sebab itulah si pengamal akan mendapati kulitnya lebih licin, tegang dan cantik, dan luka cepat sembuh kerana ia membentuk perhubungan tisu badan yang kuat.

Vitamin C menjaga salur darah agar tidak mudah pecah, mencegah pengerasan salur darah, membantu proses metabolisma kolesterol iaitu pembentukan asid hempedu yang penting dalam proses pemecahan lemak.

Sebab itulah mereka yang menghidap darah tinggi amatdigalakkan mengambil vitamin C bagi mengelakkan stroke dan jantung tersumbat.
Detoksifikasi.

Vitamin C berupaya mencantumkan bahan logam berat seperti plumbum, raksa, arsenik dan lain-lain toksik menjadikan ianya tidak bahaya pada buah pinggang dan dapat dinyahkan daripada badan dengan lebih mudah.

Mereka yang merokok patut menjadikan vitamin C sebagai kawan baik kerana ia dapat membersihkan darah dan mengelakkan buah pinggang anda daripada mengalami kerosakan yang teruk.

Vitamin C juga berperanan dalam pengeluaran hormone antistress dan interferon (hormone fungsi imun). Mengikut doctor Bruce Miller, the more you stress the more you need vitamin C. Kita tahu bahawa stress boleh memusnahkan vitamin C dan oleh kerana kekurangan vitamin C sistem keimunan kita menjadi lemah dan mudah diserang penyakit.

Penyakit skurvi adalah akibat kekurangan vitamin C. Sesiapa yang mengalami pendarahan pada badan, lebam-lebam, gusi mudah berdarah, gigi mudah tercabut dan luka lambat sembuh, pendarahan dalam otot dan sendi adalah disebabkan kekurangan vitamin C.

Jelas sekali vitamin C adalah umpama gam yang melekatkan sel-sel lalu menjadikan tisu-tisu dalam badan kita tidak mudah koyak atau terluka. Mereka yang sedang sakit adalah disarankan mengambil vitamin C pada dos yang lebih tinggi bagi mempercepatkan proses penyembuhan.

Kita digalakkan mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran lima kali sehari. Namun kekangan masa dan tekanan kehidupan masa kini menyebabkan vitamin C tidak dapat diserap oleh badan secara optimum dan lebih banyak keluar melalui air kencing. Menurut Dr Bruce Miller, dos yang dicadangkan ialah 500mg sehari iaitu bersamaan 7 setengah biji Oren. Jika kita mampu, tidak perlulah menelan pil tetapi jika sebaliknya adalah dinasihatkan agar mendapatkannya dalam bentuk tablet.

Ini Vitamin C pilihan hati saya... semestinya semulajadi dan yang penting berkesan... anda bagaimana?

16 September 2014

Sustained Release Vitamin C



Now mood cantik dah datang. So tangan ni gatal nak menaip pasal inner beauty. No kona-kona, saya nak bagitau ade satu vitamin yang perempuan wajib ambil untuk kekalkan kecantikan kulit. 


vitamin c shaklee
untuk kulit cantik

Tengok gambar pon dah boleh agak vitamin apa yang saya maksudkan kan? Ofkos vitamin C. Akhir-akhir ni ramai sangat yang taksub dengan suntikan vitamin C. nak cantik punya pasal, tak kisah dah selamat ke tak. sakit pon tolak tepi. taaaaaapi mahal. Sapa mampu boleh la. bagi saya kalau ada yang lebih murah tetapi berkesan dan selamat,tak salah kita ambil. Jadi semestinya vitamin C shaklee pilihan saya ;)

http://www.shaklee.com.my/products/healthy-nutrition/sustained-Release-Vita-C-Plus/
sebiji vitamin c sustained release shaklee bersamaan 7 biji oren


Kalau korang nak cantik dengan selamat ambillah vitamin c shaklee. Vitamin c shaklee ni bukan benda baru. Dari dulu ia sentiasa laris dan hot. kalau tak masakan stok sentiasa habis...licinnn..hehe.. pernah setahun out of stock, haa mengagau semua orang. tak lengkap hari-hariku tanpa vitamin c..

Oh ya kenapa saya cadangkan vitamin c shaklee? dah tentu ada keunikannya. Selain daripada sumber tumbuhan seratus peratus, jom tengok apa perbezaan vitamin c shaklee berbanding vitamin C di pasaran.

  1. Teknologi penghasilan Vitamin C Shaklee adalah sustained releaseKenapa perlu teknologi sustain release? Sebab vitamin c mudah musnah,bersifat larut air dan tidak dapat disimpan lama dalam badan. Sustained release adalah teknologi yang membantu Vitamin C untuk kekal lama dalam badan dimana hanya 100mg vitamin C dilepaskan ke dlm badan setiap sejam.  1 tablet mengandungi 500mg, jadi ia dapat bertahan selama 5 jam di dalam badan.
  2. Satu tablet vitamin C Shaklee bersamaan dengan 7 setengah biji oren.
  3. Vitamin C Shaklee lengkap dgn bioflavonoid (bahan penting yang membantu penyerapan vitamin c dengan lebih baik).. dan vitamin C shaklee semulajadi tanpa bahan pewarna atau perisa tambahan


Jom fefeeling cun dengan vitamin C. Mudah,murah,berkesan,jimat poket. heee.. ok selamat berhujung minggu. 




* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.


Untuk pertanyaan dan belian:

sms|whatsapp : 0196604303
email              : mamafiras06@gmail.com
page               : penchenta vitamin
Fb                  : norliza ibrahim
Ig                   : #memoffahmi